User Manual

Turunkan pemukul atau cangkuk uli ke dalam ramuan sebelum
menghidupkan perkakas.
Cabutkan plag penggaul sebelum menanggalkan pemukul atau
cangkuk uli dan sebelum membersihkannya.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di
bawah pili air.
Jangan guna sebarang aksesori atau alat ganti dari pembuat lain
yang tidak dinasihati khas oleh Philips. Jaminan anda akan menjadi
tidak sah jika aksesori atau alat ganti sedemikian telahpun
digunakan.
Aras hingar: Lc = 84 dB(A)
Menggunakan perkakas
Mangkuk putar sesuai terutamanya untuk kuantiti yang besar. Jika anda
mahu memproses kuantiti kecil, kami nasihatkan anda supaya
menggunakan mangkuk kecil dan memegang penggaul dengan tangan
anda.
Menggaul dengan penggaul di atas kakinya
1 Letakkan penggaul di atas kakinya. Mula-mula pasangkan bahagian
depan penggaul ke dalam cangkuk katup di dalam pemegang
kemudian tekan hujung belakang penggaul ke bawah ('klik')
(gamb. 1).
1 Tekan butang pelepas pemegang dan condongkan pemegang
dengan penggaul ke belakang (gamb. 2).
2 Sisipkan pemukul atau cangkuk uli ke dalam penggaul. Pastikan
anda menyisipkan pemukul atau cangkuk uli dengan simpai plastik
ke dalam bukaan yang lebih besar pada dasar penggaul (gamb. 3).
Anda mungkin perlu memutarkan sedikit pemukul atau cangkuk uli
sementara berbuat demikian.
Simpai plastik pada pemukul atau cangkuk uli tetap kelihatan; pemukul
atau cangkuk uli tidak boleh disisipkan lebih jauh ke dalam perkakas.
3 Pasangkan plag di soket dinding.
BAHASA MELAYU 13