operation manual

Awas
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua pengapit terkunci.
- Hanya buka kunci pengapit selepas anda telah mematikan perkakas dan penuras telah
berhenti berputar.
- Jangan keluarkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintik yang terdapat pada hari ini.
Bersedia untuk menggunakan
1 Basuh semua bahagian boleh cerai (lihat bab ‘Membersihkan’).
2 Tarikkan kord sesalur keluar dari ruang penyimpanan kord di belakang perkakas (Gamb. 2).
3 Masukkan pengumpul jus ke dalam perkakas (1). Untuk meletakkan bekas
pulpa, condongkannya ke hadapan sedikit (2). Masukkan hujung atas bekas pulpa terlebih
dahulu kemudian tolak masuk bahagian yang bawah (Gamb. 3).
Untuk mengosongkan bekas pulpa semasa anda sedang memerah jus, matikan perkakas dan
keluarkan bekas pulpa dengan berhati-hati.
Nota: Pasangkan semula bekas pulpa yang kosong sebelum anda meneruskan pemerahan.
4 Pasang penuras ke dalam pengumpul jus (1) Pegang tudung di atas penuras dan turunkannya
pada kedudukan (2) (Gamb. 4).
Pastikan penuras dipasang dengan kukuh ke dalam aci pemacu (‘klik’).
Periksa penuras setiap kali sebelum digunakan. Jika anda mengesan apa-apa keretakan atau
kerosakan, jangan gunakan perkakas. Hubungi pusat servis Philips yang terdekat atau bawa
perkakas ke wakil pengedar anda.
5 Ketapkan kedua-dua pengapit pada penutup dan kuncinya pada kedudukannya (‘klik’) (1).
Jajarkan alur dalam penolak dengan unjuran kecil pada bahagian dalam tiub suapan dan
luncurkan penolak ke dalam tiub suapan (2) (Gamb. 5).
Pastikan pengapit terkunci pada kedudukannya di kedua-dua sisi tudung.
6 Letakkan tudung pada jag jus untuk mengelakkan daripada percikan. Letakkan jag jus di bawah
muncung (Gamb. 6).
7 Tolak muncung ke bawah sebelum anda mula memerah jus.
Nota: Apabila muncung berada pada kedudukan menghala ke atas, ia berfungsi sebagai penghenti
titisan apabila perkakas dimatikan. Walau bagaimanapun, jika anda membiarkan muncung pada
kedudukan menghala ke atas semasa memerah jus, jus akan terpercik keluar daripada muncung.
Menggunakan perkakas
Perkakas ini hanya berfungsi jika semua bahagian dipasangkan dengan betul dan tudungnya dikunci
dengan betul pada tempatnya dengan pengapit.
BAHASA MELAYU28
4222_005_0076_3_DFU-Booklet_A5_v2.indd 28 21-10-11 13:49