User manual

27

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Pemerah jus anda yang baru mempunyai reka bentuk khas yang condong sedikit, yang menyendeng
5° ke sisi bukaan aliran keluar jus untuk memastikan pengeluaran jus yang maksimum.

Penolak
Tiub suapan
Tudung
Penuras
Pengumpul jus
Muncung
Bekas pulpa
Pengapit
Tombol kawalan
Aci pemacu
Unit motor
Petak simpanan kord
Tudung jag jus
Pemisah busa
Jag jus
Berus pembersih

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.

- Jangan tenggelamkan unit motor ke dalam air atau serbarang cecair lain, atau membilasnya di
bawah air paip.

- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau komponen lain sudah rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
- Jika anda mengesan keretakan pada penuras atau penuras rosak dengan apa cara sekalipun,
jangan gunakan perkakas lagi dan hubungi pusat servis Philips yang terdekat.
- Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
- Jangan sentuh mata pemotong kecil di dasar penuras. Ia sangat tajam.

- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
