User manual

- Jangan sentuh sisi pemotongan unit mata pisau pengisar apabila anda mengendali atau
membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah.
- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar untuk mengisar bahan-bahan yang sangat keras seperti
buah pala dan ketulan ais.

- Jangan sekali-kali menggunakan pengisar lebih daripada 30 saat tanpa gangguan. Biarkan pengisar
menyejuk ke suhu bilik antara kitaran pemprosesan.
- Sentiasa proseskan bunga cengkih, bunga lawang dan jintan manis bersama-sama dengan bahan-
bahan lain. Jika diproses berasingan, bahan-bahan ini mungkin meninggalkan kesan ke atas bahan-
bahan plastik perkakas ini.
- Bikar pengisar mungkin berubah warna apabila pengisar digunakan untuk memproses bahan-
bahan seperti bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis.
- Pengisar kering tidak sesuai digunakan untuk mencincang daging mentah. Gunakan pengisar atau
pencincang untuk tujuan ini.
- Jangan gunakan pengisar untuk memproses cecair seperti jus buahan.


- Pastikan unit gandingan dipasang dengan kejap pada mangkuk pencincang sebelum anda
memasang pencincang pada unit motor.
- Jangan sentuh sisi pemotongan unit mata pisau pengisar apabila anda mengendali atau
membersihkannya. Ia sangat tajam dan jari anda boleh terpotong dengan mudah.
- Jangan sekali-kali masukkan jari anda atau objek lain ke dalam mangkuk pencincang semasa
perkakas sedang berjalan.
- Jika unit pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum anda mengeluarkan bahan-bahan yang
menyekat pisau.

- Sentiasa pastikan tudung dipasang dengan betul pada mangkuk pencincang sebelum anda
menghidupkan perkakas.
- Jika makanan melekat pada dinding balang pencincang, matikan perkakas dan cabut plagnya.
Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan makanan tersebut dari dinding.


- Jangan sekali-kali menggunakan penuras untuk memproses bahan-bahan yang lebih panas
daripada 80 C.
- Jangan sekali-kali bebankan penuras. Jangan isi penuras lebih daripada bahagian logamnya.
- Sentiasa pastikan tudung balang pengisar ditutup/dipasang dengan betul dan cawan penyukat
dimasukkan dengan betul ke dalam tudung sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Potong buah menjadi kepingan lebih kecil sebelum memasukkannya ke dalam penuras.
- Rendamkan bahan kering, seperti kacang soya, sebelum memasukkannya ke dalam penuras.


- Pastikan unit gandingan dipasang dengan kejap pada jag jus sebelum anda memasang penekan
sitrus pada unit motor.

- Jangan guna penekan sitrus melebihi daripada 3 minit tanpa gangguan.
38