User manual

BAHASA MELAYU 49
- Jangan gunakan cakera untuk memproses coklat. Gunakan hanya unit
pisau untuk tujuan ini.
Cakera mengemulsi (HR7771 sahaja)
Anda boleh menggunakan cakera mengemulsi untuk memukul krim dan
telur, putih tlur, puding segera, mayones dan adunan kek span.
1 Letakkan pemegang alat dalam mangkuk (Gamb. 9).
2 Letak cakera mengemulsi pada pemegang alat (Gamb. 21).
3 Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk. (Gamb. 22)
4 Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung mengikut arah
jam (2) untuk menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 23).
Letak penolak di dalam tiub suapan.
5 Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 24).
6 Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan
pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 25).
Petua
- Jangan gunakan cakera mengemulsi untuk menyediakan adunan kek
yang menggunakan mentega atau marjerin atau untuk menguli doh.
Gunakan aksesori menguli untuk tugas ini.
- Pastikan mangkuk dan cakera mengemulsi kering dan bebas daripada
gris apabila anda memukul putih telur. Putih telur perlu berada pada
suhu bilik.
Pemukul belon (HR7772 sahaja)
Anda boleh menggunakan pemukul belon untuk memukul krim dan untuk
memukul telur, putih telur, puding segera, mayones, adunan kek span dan
bahan-bahan lain yang lembut.
1 Letakkan pemegang alat dalam mangkuk (Gamb. 9).
2 Letakkan pemukul belon pada pemegang alat dalam
mangkuk (Gamb. 26).
3 Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk (Gamb. 27).
4 Letak tudung di atas mangkuk (1). Putarkan tudung mengikut arah
jam (2) untuk menetapkannya (‘klik’) (Gamb. 28).
Letak penolak di dalam tiub suapan.
5 Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 29).
6 Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan
pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 30).
7 Sentiasa bersihkan pemukul belon setelah digunakan.
Lihat bab membersih untuk mendapatkan arahan mengenai cara
membuka pemukul belon dan cara membersihkannya.
Petua
- Jangan gunakan pemukul belon untuk menyediakan adunan kek yang
menggunakan mentega atau marjerin atau untuk menguli doh.
Gunakan aksesori menguli untuk tugas ini.
- Pastikan mangkuk dan pemukul belon kering dan bebas daripada gris
apabila anda memukul putih telur. Pastikan putih telur berada pada
suhu bilik.
Pengisar
Pengisar dimaksudkan untuk:
- Membancuh cecair, cth. hasil tenusu, sos, jus buah, sup, bancuhan
minuman, minuman kocak.
- Mencampur bahan-bahan lembut, contohnya adunan lempeng atau
mayones.
- Memurikan bahan yang telah dimasak, contohnya, untuk menyediakan
makanan bayi.
1 Letakkan gelung getah pada unit pisau (Gamb. 31).
2 Letak unit pisau di bahagian bawah balang pengisar (1) dan ketatkan
unit pisau mengikut arah jam (2) (Gamb. 32).
3 Letak balang pengisar pada unit motor (1) dan putarkannya
mengikut arah jam untuk menetapkannya (2). Pemegang
perlu menghala kepada salah satu daripada empat sudut daripada
unit motor (Gamb. 33).