User manual

54
1 Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan cakera hirisan
pada pemegang alat.
2 Tutup dan kunci tudung (‘klik’). Hiris timun. Lihat bab ‘Menggunakan
perkakas’ di bawah ‘Cakera hirisan dan memayang’ untuk
mendapatkan kelajuan yang sesuai.
Petua: Gunakan sisi hirisan nipis pada cakera hirisan untuk memotong
hirisan yang nipis. Jangan beri tekanan yang terlalu banyak pada penolak.
3 Letak timun yang telah dihiris ke dalam mangkuk hidangan.
4 Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan unit pisau
pada pemegang alat.
5 Letakkan parsli ke dalam mangkuk. Tutup dan kunci tudung (‘klik’).
6 Cincang parsli. Tekan butang denyut/Bersih Mudah agar anda
mempunyai lebih kawalan terhadap proses mencincang.
7 Masukkan yogurt, mustard, garam dan lada hitam dan proses selama
beberapa saat lagi sehingga campuran homogen diperolehi.
8 Campurkan sos dengan hirisan timun dan sejukkan salad timun
dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Krim putar
Ramuan:
- 250ml krim segar
1 Sejukkan krim selama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum diproses.
2 Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letak cakera
mengemulsi (HR7771 sahaja ) atau pemukul belon (HR7772 sahaja)
pada pemegang alat.
3 Masukkan krim ke dalam mangkuk.
4 Tutup dan kunci tudung (‘klik’). Proseskan krim sehingga
kekonsistenan yang dikehendaki dicapai. Pilih kelajuan yang sepadan
dengan warna aksesori.
Petua: Sejukkan krim putar sebelum menghidang. Anda boleh menghidang
krim putar di atas kek, ais krim, buahan, kopi atau menggunakannya sebagai
inti untuk kek, dll.
Makanan bayi
Ramuan:
- 250g daging ayam telah dimasak
- 250g kentang telah dimasak
- 250g kacang buncis telah dimasak
- 375ml susu
1 Susun balang pengisar pada unit motor. Masukkan bahan ke dalam
pengisar. Kisar bahan selama 25 saat pada kelajuan yang sesuai untuk
pengisar.
Jika anda hendak menyediakan sup dengan kuantiti yang lebih banyak,
biarkan perkakas sejuk dahulu selama 60 minit selepas memproses
bahan-bahan untuk setiap kelompok.
Kuantiti dan masa memproses maksimum (Gamb. 44)
BAHASA MELAYU54