User manual
115
Bahasa Melayu
Langkah 3: Menyambung ke TV
Sambungan ini membolehkan anda untuk
menonton main semula daripada sistem DVD
ini. Anda hanya perlu memilih satu daripada
pilihan di bawah ini untuk membuat sambungan
video anda.
– Untuk TV standard, ikut pilihan 1 atau 2.
– Untuk TV skan progresif, ikut pilihan 3.
– Untuk TV HDMI, ikut pilihan 4
PENTING!
Menyambung sistem DVD terus ke TV.
Panduan Berguna:
– Untuk mendengar saluran TV melalui sistem
DVD ini, sambungkan bicu AUDIO IN – TV ke
bicu output AUDIO yang sepadan di TV
menggunakan kabel audio. Tekan TV pada alat
kawalan jauh apabila menonton program TV.
Pilihan 1: Menggunakan soket Video
(CVBS) [kualiti gambar yang baik]
Gunakan kabel video komposit yang dibekalkan
(kuning) untuk menyambung soket CVBS
pada sistem DVD ke soket input video (atau
dilabelkan sebagai A/V In, Video In, Komposit
atau Baseband) pada TV.
Pilihan 2: Menggunakan bicu S-Video
(kualiti gambar yang unggul)
Gunakan kabel S-video (tidak dibekalkan)
untuk menyambung soket S-VIDEO (Y/C)
pada sistem DVD ke soket input S-Video (atau
dilabel sebagai Y/C atau S-VHS) pada TV.
Sambungan Asas (bersambung)
TIP: Sebelum membuat atau menukar sebarang sambungan, pastikan semua peranti dicabut dari salur keluar kuasa.
Pilihan 2
Pilihan 1
FM 75
MW
FM/MW ANTENNA
HDMI OUT
~
MAINS
R
L
SUB-
WOOFER
FRONT
LEFT
FRONT
RIGHT