User manual

124
Bahasa Melayu
Untuk Memulakan (bersambung)
Langkah 5: Menetapkan ciri
Skan Progresif
(untuk TV Skan Progresif sahaja)
Skan progresif memaparkan dua kali bilangan
bingkai sesaat daripada skan jalinan (sistem TV
biasa). Dengan hampir sekali ganda garisan,
skan progresif menawarkan resolusi dan kualiti
gambar yang lebih tinggi.
Sebelum anda mulakan…
Pastikan anda telah menyambungkan sistem
DVD ini ke TV skan progresif dengan
menggunakan sambungan Y Pb Pr (lihat ‘Pilihan
3: Menyambung ke TV Skan Progresif atau
input video komponen’).
A Matikan mod skan progresif TV atau hidupkan
kepada mod jalinan (rujuk kepada buku
panduan pengguna TV anda)
B Hidupkan sistem DVD dan tekan butang
SOURCE sehingga “DISC” muncul di panel
paparan.
C Hidupkan TV dan tetapkannya kepada saluran
video-in yang betul.
Skrin latar belakang DVD berwarna biru
akan muncul di TV.
D Tekan SETUP pada alat kawalan jauh.
E Tekan berulang kali untuk memilih { Video
Setup Page }.
F Pilih { Progressive } > { On } kemudian tekan
OK untuk mengesahkan.
Video Setup Page
TV Type
TV Display
Progressive
Picture Setting
HDMI Setup
G Baca mesej noti kasi di TV dan sahkan
tindakan anda dengan memilih di
menu dan tekan OK.
Jika skrin kosong/terganggu muncul, tunggu
selama 15 saat untuk pemulihan auto.
Sebaliknya, pilih { Cancel } dan tekan OK
untuk kembali ke menu sebelumnya.
Tidak akan ada gambar di TV anda pada
keadaan ini kecuali jika anda telah
menghidupkan mod skan progresif di TV
anda.
H Hidupkan mod skan progresif TV anda (rujuk
kepada buku panduan pengguna TV anda).
Satu mesej muncul di TV.
I Sahkan tindakan anda dengan memilih
di menu dan tekan OK.
Tetapan kini sudah lengkap dan anda boleh
mula untuk menikmati gambar berkualiti tinggi.
Jika tiada gambar yang dipaparkan:
A Tekan EJECT ç.
B Tekan pada alat kawalan jauh.
C Tekan MUTE pada alat kawalan jauh.
Panduan Berguna:
Terdapat beberapa TV skan progresif dan TV
Berde nisi Tinggi yang tidak sesuai sepenuhnya
dengan unit ini, menghasilkan gambar tidak
semula jadi apabila main semula cakera DVD
VIDEO dalam mod skan progresif. Dalam kes ini,
matikan ciri skan progresif pada sistem DVD dan
TV anda.
TIP: Tekan untuk pergi semula ke perkara menu sebelumnya. Tekan SETUP untuk keluar dari menu.