User manual

108
Bahasa Melayu
AWAS!
Mesin ini tidak mengandungi sebarang
bahagian yang boleh diselenggara
pengguna. Sila serahkan kerja-kerja
penyelenggaraan kepada mereka yang
bertauliah.
Langkah berjaga-jaga penetapan
Mencari lokasi yang sesuai
Letakkannya di permukaan yang rata, keras
dan stabil. Jangan letakkannya di atas permaidani.
Jangan letakkannya di atas peralatan lain yang
boleh menjadi panas (misalnya penerima atau
ampli er).
Jangan letakkan apa-apa di atas atau di
bawah set ini (misalnya CD, majalah).
Pasang unit ini berdekatan dengan salur
keluar AC dan di mana palam kuasa AC boleh
dicapai dengan mudah.
Ruang untuk pengedaran udara
Letakkan alat di sebuah lokasi yang
mempunyai pengedaran udara yang mencukupi
untuk mencegah pembentukan haba dalaman.
Benarkan ruang sekurang-kurangnya 10 cm
(4”) dari belakang dan atas set dan 5 cm (2”)
dari kiri dan kanannya untuk mencegahnya
daripada menjadi terlalu panas.
Mengelakkan suhu tinggi, kelembapan,
air dan habuk
Alat tidak harus didedahkan kepada titisan
atau percikan.
Jangan letakkan sebarang punca bahaya di
atas alat (misalnya objek yang berisi cecair, lilin
yang menyala).
Aksesori yang dibekalkan
– 1 subwoofer
2 speaker SonoWave
2 set braket pemasangan di dinding
1 alat kawalan jauh dengan bateri
1 kabel video komposit (kuning)
1 antena wayar FM
1 antena gelung MW
1 kabel putih MP3 direct (untuk
menyambung pemain audio mudahalih)
Panduan Mula dengan Pantas
Membersihkan cakera
Untuk membersihkan cakera, gunakan kain
pembersih berserat mikro dan lapkan cakera
dari tengah hingga ke hujung dalam garisan
yang lurus.
AWAS!
Jangan guna pelarut seperti benzin, penipis,
pembersih yang boleh diperoleh secara
komersial, atau semburan anti statik yang
bertujuan untuk cakera analog.
Mengenai kitar semula
Arahan operasi ini telah dicetak di atas kertas
tidak cemar. Peralatan elektronik mengandungi
bilangan besar bahan yang boleh dikitari
semula. Jika anda membuang mesin lama, sila
bawanya ke pusat kitar semula. Sila patuhi
peraturan tempatan mengenai pembuangan
bahan bungkusan, bateri yang sudah luput dan
peralatan lama.
Maklumat Umum