User manual

145
Bahasa Melayu
Operasi Penala (bersambung)
Menggunakan pra tetap automatik
Gunakan pra tetap automatik untuk menyimpan
atau memasang semula semua stesen radio pra
tetap.
A Tekan TUNER untuk memilih jalur “FM” atau
“MW”.
B Terus tekan PROGRAM sehingga “START…”
muncul di panel paparan.
Semua stesen radio yang disimpan sebelum
ini akan digantikan.
Menggunakan pra tetap manual
Gunakan pra tetap manual untuk menyimpan
stesen radio kegemaran.
A Menala kepada stesen radio yang dikehendaki
(lihat ‘Menala kepada stesen radio’).
B Tekan PROGRAM.
C Gunakan kekunci ./ > untuk memilih
nombor pra tetap yang ingin disimpan bagi
stesen radio semasa.
D Tekan PROGRAM untuk menyimpan.
Memilih stesen radio pra tetap
A Tekan TUNER untuk memilih jalur “FM” atau
“MW”.
B Gunakan kekunci ./ > untuk memilih
nombor pra tetap (atau gunakan papan kekunci
berangka pada alat kawalan jauh).
Jalur gelombang, bombor pra tetap diikuti
dengan frekuensi radio akan muncul di panel
paparan.
Memadam stesen radio pra
tetap
A Dalam mod penala, gunakan kekunci ./ >
untuk memilih stesen radio prat tetap.
B Terus tekan
sehingga “FM/MW X
DELETED” muncul.
“X” ialah nombor pra tetap.
Stesen radio terus bermain tetapi telah
dipadam daripada senarai pra tetap.
Stesen radio pra tetap yang lain kekal tidak
berubah.
Menukar grid penalaan
(tidak ada untuk semua versi)
Di sesetengah negara, langkah frekuensi antara
saluran bersebelahan dalam jalur MW/FM ialah
9 kHz/ 50 kHz (10 kHz/ 100 kHz di sesetengah
kawasan).
PENTING!
Menukar grid penalaan akan memadam
semua stesen radio pra tetap yang
disimpan sebelum ini.
A Tekan SOURCE untuk memilih “FM” atau
“MW”.
B Tekan STANDBY ON untuk menukar
sistem DVD kepada mod sedia.
C Tekan STANDBY ON di panel hadapan
untuk memberi kuasa kepada sistem DVD,
kemudian tekan kekunci ..
Paparan akan menunjukkan “GRID 9” atau
“GRID 10”.
Panduan Berguna:
GRID 9 dan GRID 10 menunjukkan grid
penalaan berada dalam langkah 9 kHz dan 10
kHz.