User manual

152
Bahasa Melayu
Glosari
Analog: Bunyi yang belum ditukar kepada
nombor. Bunyi analog berbeza, sementara bunyi
digital mempunyai nilai angka yang tertentu. Bicu
ini menghantar audio melalui dua saluran, kiri dan
kanan.
Nisbah aspek: Nisbah saiz menegak dan
mendatar imej yang dipaparkan. Nisbah mendatar
berbanding menegak TV konvensional ialah 4:3 dan
bagi skrin luas ialah 16:9.
Kadar Bit: Jumlah data yang digunakan untuk
menyimpan tempoh muzik yang diberikan; diukur
dalam kilobit sesasst, atau kbps. Atau, kelajuan
anda merakam. Umumnya, lagi tinggi kadar bit, atau
lebih tinggi kelajuan rakaman, lebih baik kualiti
bunyi. Walau bagaimanapun, kadar bit lebih tinggi
menggunakan lebih banyak ruang pada cakera.
Bab: Bahagian gambar atau musik di DVD yang
lebih kecil daripada tajuk. Tajuk terdiri daripada
beberapa bab. Setiap bab dibahagikan nombor bab
membolehkan anda untuk mencari bab yang
diingini.
Menu cakera: Paparan skrin yang disediakan
untuk membenarkan pemilihan imej, bunyi,
sarikata, berbilang sudut, dsb. Yang dirakan pada
DVD.
DivX: Kod DivX adalah teknologi mampatan
video berasaskan MPEG-4 yang masih menantikan
paten, yang dihasilkan oleh DivXNetworks Inc.
yang boleh mengecutkan video digital ke saiz yang
cukup kecil untuk dihantar melalui internet,
sementara mengekalkan kualiti visual yang tinggi.
Dolby Digital: Sistem bunyi sekeliling yang
dihasilkan oleh Dolby Laboratories mengandungi
sehingga enam saluran audio digital (hadapan kiri
dan kanan, sekeliling kiri dan kanan, tengah dan
subwoofer).
Dolby Surround Pro Logic II: Ia merupakan
tekonologi pentafsir kod matriks yang lebih baik
yang memberi ruang dan arah yang lebih baik pada
bahan program Dolby Surround, memberi lapangan
bunyi tiga dimensi yang lebih meyakinkan pada
rakaman muzik stereo konvensional dan paling
sesuai untuk memberi pengalaman sekeliling
kepada bunyi automatik. Sementara program
sekeliling konvensional sesuai sepenuhnya dengan
pentafsir kod Dolby Surround Pro Logic II, trek
bunyi dapat mentafsir kod secara khusus untuk
menggunakan kelebihan main semula Pro Logic II,
termasuk saluran sekeliling kiri dan kanan yang
berasingan. (Bahan sepertinya juga sesuai dengan
pentafsir kod Pro Logic konvensional).
DTS: Sistem Teater Digital. Ini merupakan sistem
bunyi sekeliling, tetapi ia berbeza daripada Dolby
Digital. Formatnya dihasilkan oleh syarikat yang
berbeza.
HDMI:
High-De nition Multimedia Interface (HDMI)
ialah antara muka digital berkelajuan tinggi yang
boleh menghantar video berde nisi tinggi tidak
mampat dan audio multi saluran digital. Ia
menghantar kualiti bunyi dan gambar yang
sempurna, bebas daripada bunyi bising. HDMI
sesuai dari belakang sepenuhnya dengan DVI.
Seperti yang diperlukan oleh piawaian HDMI,
menyabung ke produk HDMI atau DVI tanpa
HDCP (High-bandwidth Digital Content
Protection) akan menyebabkan tiada output Video
atau Audio.
HDCP:
High-bandwidth Digital Content Protection
(HDCP)
ialah spesi kai yang menyediakan
penghantaran kandungan digital secara selamat
antara peranti yang berbeza (untuk mencegah
salinan hak tanpa kebenaran).
JPEG: Format gambar pegun digital yang paling
lazim. Sistem mampatan data gambar pegun yang
dicadang oleh Kumpulan Pakar Fotogra Bersama,
yang bercirikan pengurangan kecil kualiti imej
walaupun dengan nisbah mampatan tingginya.