User manual

154
Bahasa Melayu
Mengapakah ia mengambil masa terlalu
lama untuk memaparkan kandungan pada
peranti USB saya?
Ini mungkin disebabkan oleh bilangan fail (>500
fail/folder) atau saiz fail (>1MB) yang terlalu
besar.
Mungkin terdapat fail lain yang tidak disokong
dalam peranti yang cuba dibaca/dipapar oleh
sistem.
Bagaimana pula jika peranti tidak disokong
(misalnya tetikus USB, papan kekunci)
dipasangkan ke sistem tersebut?
Peranti tersebut boleh menyebabkan sistem
menjadi tidak stabil. Tanggalkan peranti yang
tidak disokong dan cabutkan palam kod utama.
Tunggu beberapa minit sebelum menyambung
semula kod utama dan hidupkan semula sistem.
Apakah yang akan berlaku jika saya
memasang USB HDD?
HDD tidak disokong kerana kapasiti
penyimpanan yang besar membuat navigasi
sangat sukar dilakukan. Pindahkan fail muzik
(mp3) dan foto (jpg) ke dalam pemacu  ash.
Mengapakah sistem gagal untuk mengesan
pemain muzik mudahalih USB saya?
Pemain muzik mudahalih mungkin memerlukan
perisian proprieti yang disediakan bersama
dengan sistem kami bagi mengakses
kandungannya (misalnya senarai main).
Fail jenis apakah yang disokong oleh sistem
tersebut?
Kami hanya menyokong FAT16 dan FAT32,
bukan NTFS.
Mengapakah nama fail kelihatan berbeza
daripada apa yang dipaparkan di komputer
saya (misalnya daripada “Good Bye. jpg”
kepada “Good_B~1.jpg”)?
Panjang nama fail dibataskan oleh sistem fail
peranti (FAT16), yang hanya menyokong lapan
(8) abjad.
Komputer mungkin dapat memaparkan nama
penuh fail kerana sistem operasi boleh
menukar sistem fail tersebut.
Adakah main semula USB dan Cakera
secara serentak boleh dilakukan?
Tidak boleh disebabkan oleh batasan memori.
Sebagai tambahan, antara muka pengguna yang
berbeza akan diperlukan untuk berfungsi dan
memudahkan penggunaannya.
Mengapakah saya tidak boleh memutarkan
gambar-gambar di peranti saya?
Bagi memutarkan gambar di dalam peranti
USB, fail “khas” di dalam gambar jpeg yang
dipanggil EXIF mesti disertakan. Maklumat
EXIF ini mungkin belum diwujudkan oleh
peranti USB atau dikeluarkan apabila anda
menyunting atau menyalin gambar dari peranti
lain dengan menggunakan program menyunting.
Mengapakah sistem tidak boleh mainkan
sesetengah daripada fail muzik, foto atau
lem saya?
Fail muzik tersebut tidak boleh dimainkan
kerana format dan kadar bit mentafsir kod
yang berbeza. Begitu juga, foto tersebut
mungkin beresolusi rendah atau beresolusi
terlalu tinggi untuk disokong oleh sistem.
Soalan-soalan yang Kerap Ditanya (USB)