User's Manual

39
BAHASA MALAYSIA
!
1
2
3
!
PROSEDUR
PENJAGAAN
Kerja pembersihan dan penjagaan hendaklah dilakukan oleh para pembakal. Sebelum kerja
pembersihan, hentikan operasi dan keluarkan plag bekalan kuasa.
1. PENAPIS UDARA
Penapis udara perlu dibersihkan kerana ia menyedut habuk di dalam bilik. Apabila penapis udara
diliputi oleh habuk, ia akan menghalang pengaliran udara dan kesan pendinginan juga akan berkurang.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan bunyi bising. Pastikan penapis udara dibersihkan mengikut
prosedur di bawah.
PERHATIAN
PERHATIAN
Jangan cuci dengan air panas yang suhunya lebih dari 40°C. Penapis udara mungkin mengecut.
Selepas mencucikannya, goncangkan penapis udara untuk keluarkan air dan keringkannya di tempat
yang teduh. Jangan terdedah terus kepada cahaya matahari kerana penapis udara mungkin mengecut.
Jangan gunakan sabun pada penapis pembersih dan pewangi udara kerana sabun boleh
mengakibatkan ia kehilangan keupayaan elektrostatik.
Buka panel depan dan keluarkan penapis udara
Angkat dan keluarkan penapis pembesih dan
pewangi udara daripada penapis udara
dengan perlahan.
Masukkan semula penapis pembersih dan
pewangi ke penapis udara. Pastikan bahagian
penapis udara yang bertanda "FRONT"
menghala ke atas dan sorongkan penapis
udara ke kedudukan asalnya.
Setelah memasang penapis itu, tekan panel
depan mengikut 3 anak panah yang
ditunjukkan dan tutup.
Bersihkan habuk daripada penapis udara dan
penapis pembesih dan pewangi udara dengan
pembersih vakum. Jika terdapat terlalu
banyak habuk, bilaskan di bawah aliran air
paip dan berus perlahan dengan berus yang
lembut. Biarkan kering di tempat yang teduh.
NOTA:
Penapis pembersih dan pewangi udara hendaklah dibersihkan setiap bulan atau lebih awal jika
terlalu kotor. Penggunaan yang lama akan menyebabkan ia kehilangan fungsi pewangi. Pengguna
disarankan menukarnya setiap tahun bergantung kepada keperluan untuk keberkesanan optima.