User manual

- Pastikan anda memeriksa perkakas setiap kali
sebelum anda menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan. Bahagian yang
rosak hendaklah digantikan dengan jenis yang
asli sahaja.
- Jangan buka perkakas tersebut untuk
menggantikan bateri boleh cas semula.
Awas
- Jangan rendam pengecas dalam air dan jangan
bilasnya di bawah paip air.
- Jangan gunakan unit bekalan di atau
berdekatan dengan soket dinding yang
mengandungi penyegar udara elektrik untuk
mencegah kerosakan yang tidak boleh dibaiki
kepada unit bekalan.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan
dimaksudkan seperti ditunjukkan dalam manual
pengguna.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini
hendaklah hanya digunakan oleh seorang
sahaja.
- Jangan sekali-kali gunakan air yang lebih panas
daripada 60°C untuk membilas alat tersebut.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat,
pad penyental, agen pembersih yang melelas
atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua piawaian
dan peraturan yang berkaitan dengan
pendedahan kepada medan elektromagnet.
41
Bahasa Melayu