User Guide

Mod penjimatan kuasa (RQ129x sahaja)
Perkakas dilengkapkan dengan mod penjimatan kuasa. Apabila pencukur
memasuki mod penjimatan kuasa, lampu di dalam butang hidup/mati akan
mati untuk menjimatkan tenaga.
- Apabila perkakas tersebut dimatikan tetapi mengesan pergerakan
selama 5 minit (misalnya apabila anda mengembara dengan pencukur
dalam beg pakaian anda), pencukur akan ke mod penjimatan kuasa
secara automatik. Mod ini mengelakkan pencukur daripada dihidupkan
tanpa sengaja.
, Simbol kunci akan berkelip pada paparan untuk menunjukkan bahawa
perkakas kini dalam mod penjimatan kuasa.
- Untuk menyahaktifkan mod penjimatan kuasa, hanya tekan butang
hidup/mati.
Kepala pencukur yang tersumbat
Nota: Paparan pelbagai jenis pencukur kelihatan berbeza, tetapi menunjukkan
simbol yang sama.
- Jika kepala pencukur tersumbat, simbol unit pencukur, simbol paip
air dan tanda seru akan berkelip. Dalam keadaan ini, motor tidak dapat
berfungsi kerana kepala pencukur telah kotor atau rosak.
- Apabila ini berlaku, anda hendaklah membersihkan unit pencukur atau
menggantinya.
- Simbol unit pencukur, simbol paip air dan simbol tanda seru terus
berkelip sehingga anda mengeluarkan sumbatan pada kepala pencukur.
Pengecasan
Pengecasan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
RQ129x, RQ128x, RQ127x, RQ126x: Pencukur bercas penuh mempunyai
masa mencukur sehingga 60 minit.
Nota: RQ129x, RQ128x: Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, paparan akan
menunjukkan baki minit pencukuran sebenar (lihat bahagian ‘Bateri telah
dicas sepenuhnya’ dalam bab ‘Paparan’).
RQ125x: Pencukur yang dicas penuh mempunyai masa pencukuran
sehingga 50 minit.
Caskan pencukur sebelum anda menggunakannya pada kali pertama dan
apabila paparan menunjukkan bahawa bateri hampir habis (lihat bahagian
‘Bateri lemah’ dalam bab ‘Paparan’).
Cas cepat
Setelah pencukur dicas selama 3 minit, ia mengandungi kuasa yang cukup
bagi satu pencukuran.
MINUTES LEFT
MINUTES LEFT
BAHASA MELAYU82