User Guide

4 Tekan butang hidup/mati pada Sistem Pembersih Jet untuk
memulakan program pembersihan.
, Paparan pencukur berhenti menunjukkan penunjuk pengecasan.
, Lampu pembersihan mula berkelip dan pencukur secara automatik
diturunkan ke dalam cecair pembersihan.
, Lampu pembersihan akan berkelip sepanjang program pembersihan,
yang mengambil masa beberapa minit.
Nota: RQ1007: Program pembersihan mengambil masa 4 hingga 6 minit.
Nota: RQ1008: Program pembersihan auto dan eko mengambil masa 4 hingga
6 minit. Program intensif mengambil masa lebih kurang 35 minit.
, Semasa fasa pertama program pembersihan, pencukur secara
automatik akan hidup dan mati beberapa kali dan bergerak naik dan
turun.
, Semasa fasa kedua program pembersihan, pencukur diletakkan
pada kedudukan pengeringan, seperti yang ditunjukkan oleh simbol
pengeringan yang berkelip. Fasa ini mengambil masa lebih kurang
2 jam. Pencukur tetap berada pada kedudukan ini sehingga akhir
program.
Nota: RQ1008: Fasa pengeringan mengambil masa 1 jam jika anda memilih
program eko.
, Selepas program pembersihan, penunjuk pengecasan akan muncul
pada paparan pencukur (lihat bab ‘Paparan’).
Nota: Jika anda menekan butang hidup/mati Sistem Pembersih Jet semasa
program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut. Dalam
keadaan ini, lampu pembersihan atau pengeringan akan berhenti berkelip dan
pemegang akan bergerak ke kedudukan tertinggi.
Nota: Jika anda menanggalkan penyesuai daripada soket dinding
semasa program pembersihan sedang berjalan, program akan terbantut.
Pemegang akan tetap kekal pada kedudukan semasa. Apabila anda
memasukkan penyesuai kembali ke dalam soket dinding, pemegang akan
bergerak ke kedudukan tertinggi.
- Apabila cecair pembersihan turun lebih rendah daripada paras
minimum, simbol ‘ruang pembersihan kosong’ mula berkelip dan
pemegang akan kembali pada kedudukan permulaan.
- Jika anda menggunakan Sistem Pembersih Jet untuk membersihkan
pencukur anda setiap hari, anda hendaklah mengisi semula ruang
pembersihan kira-kira 15 hari sekali.
BAHASA MELAYU 91