User manual

Amaran: Jangan campurkan pelbagai jenis bateri.
Amaran: Jangan campurkan bateri yang telah digunakan dengan bateri baharu.
9 Sambungkan tiub silikon dan penutup pada diafragma tersebut. Tolakkan penutup ke bawah
sehingga penutup itu ditutup dengan ketat (Raj. 17).
Menggunakan pam susu badan
Masa sesuai untuk mengepam payu dara
Jika penyusuan badan berjalan lancar, anda dinasihatkan (kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh
profesional jagaan kesihatan/penasihat penyusuan ibu) untuk menunggu sehingga bekalan susu
anda dan jadual penyusuan badan teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas
bersalin) sebelum anda memulakan perahan.
Pengecualian:
- Jika penyusuan badan tidak berjalan lancar dengan serta-merta, memerah secara kerap boleh
membantu mewujudkan dan mengekalkan bekalan susu anda.
- Jika anda mengepam susu bagi bayi anda untuk diberi di hospital.
- Jika payu dara anda menjadi rening (sakit atau bengkak), anda akan dapat mengepam sedikit susu
sebelum atau di antara penyusuan untuk mengurangkan rasa sakit dan untuk membantu bayi anda
melekap dengan lebih mudah.
- Jika anda mengalami puting yang sakit atau pecah-pecah, anda mungkin hendak menggunakan
pam sehingga ia sembuh.
- Jika anda terpisah dari bayi anda dan hendak meneruskan menyusukannya apabila bersamanya
semula, anda hendaklah mengepam susu anda dengan berkala untuk merangsang bekalan susu
anda.
Anda perlu mendapatkan waktu yang optimum untuk mengepam susu anda, seperti sejurus sebelum
atau selepas penyusuan pertama bayi anda pada waktu pagi apabila payu dara anda penuh susu,
atau selepas penyusuan jika bayi anda telah tidak menghabiskan susu pada kedua-dua belah. Jika
anda telah kembali bekerja, anda mungkin perlu memerah pada waktu rehat. Penggunaan pam susu
badan memerlukan latihan dan mungkin memerlukan beberapa percubaan sebelum anda berjaya.
Mujurlah pam susu badan elektrik Philips Avent mudah dipasang dan digunakan, jadi anda akan
terbiasa memerah dengannya.
Petua
- Biasakan diri anda dengan pam susu badan dan bagaimana hendak mengendalikannya sebelum
anda menggunakannya buat kali pertama.
- Pilih masa apabila anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.
- Gambar bayi anda dapat membantu menggalakkan reeks ‘melepaskan‘.
- Kehangatan juga dapat membantu: cuba mengepam selepas mandi, atau letakkan kain yang
hangat atau Termopad Philips Avent pada payu dara selama beberapa minit sebelum anda mula
memerah.
- Anda mungkin akan dapati lebih mudah untuk mengepam sambil bayi anda menyusu pada payu
dara yang satu lagi, atau serta-merta selepas penyusuan.
- Jika memerah susu menyakitkan, hentikan dan hubungi penasihat penyusuan badan anda atau
profesional jagaan kesihatan.
Bahasa Melayu
62