User manual

Table Of Contents
Bahasa Melayu
Kandungan
Pengenalan __________________________________________________________________________________________ 25
Perihalan umum______________________________________________________________________________________ 26
Penggunaan yang disasarkan________________________________________________________________________ 26
Maklumat keselamatan penting _____________________________________________________________________ 26
Pembersihan dan penyahjangkitan _________________________________________________________________ 28
Menggunakan pam susu badan _____________________________________________________________________ 32
Menyusu bayi anda dengan botol ___________________________________________________________________ 38
Keserasian ____________________________________________________________________________________________ 40
Memesan aksesori ___________________________________________________________________________________ 40
Kitar semula __________________________________________________________________________________________ 40
Jaminan dan sokongan ______________________________________________________________________________ 41
Penyelesai Masalah __________________________________________________________________________________ 41
Maklumat tambahan ________________________________________________________________________________ 42
Keadaan penyimpanan ______________________________________________________________________________ 43
Medan elektromagnet (EMF) ________________________________________________________________________ 43
Maklumat teknikal____________________________________________________________________________________ 43
Penerangan simbol___________________________________________________________________________________ 44
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips Avent! Untuk memanfaatkan
sepenuhnya sokongan yang ditawarkan oleh Philips Avent, daftar pam susu badan anda di
www.philips.com/welcome.
Pam susu badan elektrik tunggal/kembar Philips Avent adalah hasil inspirasi daripada bayi dan
pergerakan menghisap semula jadi mereka. Kusyen silikon lembut merangsang puting dengan
pergerakan mengurut lembut, membantu anda memerah susu dengan selesa dan berkesan.
Gabungan sedutan dan rangsangan puting mencetus aliran susu yang pantas. Reka bentuk tidak
perlu membongkok membolehkan anda duduk dalam posisi selesa dan tegak semasa memerah susu.
Profesional penjagaan kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan susu badan
sebagai sumber pemakanan utama untuk bayi pada tahun pertamanya, dan digabungkan dengan
makanan pepejal selepas 6 bulan pertama. Ini kerana susu badan anda disesuaikan secara khusus
bagi keperluan bayi anda dan membantu melindungi bayi anda daripada jangkitan dan alahan. Untuk
menyusu badan lebih lama, anda boleh memerah dan menyimpan susu anda supaya bayi anda boleh
menikmati faedahnya, walaupun anda tidak boleh berada di sana untuk menyusu badan secara
langsung. Memandangkan pam itu padat, senyap dan boleh digunakan secara tersembunyi, anda
boleh membawanya bersama anda ke mana sahaja, membenarkan anda untuk memerah susu
mengikut keselesaan anda dan mengekalkan bekalan susu anda.
Jika penyusuan badan berjalan lancar, anda dinasihatkan (kecuali disyorkan sebaliknya oleh
profesional penjagaan kesihatan) untuk menunggu sehingga bekalan susu anda dan jadual
penyusuan badan teratur (biasanya sekurang-kurangnya 2 hingga 4 minggu selepas bersalin)
sebelum anda memulakan perahan.
25
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu