User manual

Table Of Contents
5 min.
1. Isi periuk biasa dengan
air yang secukupnya
untuk merangkumi
semua bahagian dan
letakkan bahagian ini ke
dalam periuk tersebut.
Biarkan air mendidih
selama 5minit. Pastikan
semua bahagian tidak
menyentuh sisi periuk.
2. Biarkan air menjadi
sejuk.
3. Keluarkan semua
bahagian dengan
perlahan-lahan
daripada air. Letakkan
semua bahagian pada
permukaan/kain lap
yang bersih atau rak
pengering untuk
dikeringkan oleh udara.
4. Simpan item yang
kering di dalam bekas
bertutup yang bersih
dan kering.
Menggunakan pam susu badan
Saiz kusyen
Pam susu badan elektrik tunggal/kembara Philips Avent mempunyai kusyen aktif yang lembut. Pam
tersebut merangsang puting anda dengan lembut untuk mencetuskan pengaliran susu. Kusyen ini
diperbuat daripada silikon fleksibel, yang sesuai dengan 99.98% wanita, memuatkan saiz puting
sehingga 30mm.
Memasang pam susu badan
Pastikan anda telah membersihkan dan menyahjangkit bahagian pam susu badan yang bersentuhan
dengan susu.
Amaran: Berhati-hati, apabila anda menyahjangkit bahagian pam susu badan dengan
mendidihkannya, kerana ia boleh menjadi sangat panas. Untuk mencegah lecuran, hanya
mula memasang pam susu badan apabila bahagian yang telah dinyahjangkit sudah
sejuk.
Amaran: Basuh tangan anda dengan menyeluruh dengan sabun dan air sebelum anda
menyentuh bahagian pam susu badan dan payudara untuk mencegah pencemaran.
Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam bekas atau penutup.
Periksa bahagian kit pam susu badan untuk memastikan ia tidak lusuh atau rosak sebelum
menggunakannya dan ganti jika perlu.
Nota: Peletakan kusyen, diafragma silikon dan tiub silikon dengan betul adalah amat penting
supaya pam susu badan dapat membentuk vakum yang sesuai.
32
Bahasa Melayu