User manual

2 MS-MY
1 Penting
Keselamatan
Langkah berjaga-jaga keselamatan dan
penyenggaraan
Jangan sekali-kali, menyentuh, menolak,
menggosok atau memukul skrin dengan
objek yang keras kerana ini boleh
merosakkan skrin secara kekal.
Apabila produk tidak digunakan bagi
tempoh yang lama, cabut palamnya.
Sebelum anda membersihkan skrin,
matikan dan cabut palam kod kuasa.
Bersihkan skrin hanya dengan kain yang
lembut dan dilembapkan dengan air sahaja.
Jangan sekali-kali gunakan bahan seperti
alkohol, bahan kimia atau pencuci rumah
untuk membersihkan produk.
Jangan sekali-kali letakkan produk
berhampiran dengan nyalaan terbuka
atau sumber haba lain, termasuk cahaya
matahari langsung.
Jangan sekali-kali dedahkan produk pada
hujan atau air. Jangan sekali-kali letakkan
bekas cecair, seperti pasu, hampir dengan
produk.
Jangan sekali-kali jatuhkan produk. Apabila
anda terjatuhkan produk, ia akan rosak.
Jauhkan dirian dari kabel.
Pastikan anda telah memasang dan
menggunakan perkhidmatan atau perisian
hanya daripada sumber yang boleh
dipercayai yang bebas virus atau perisian
yang berbahaya.
Produk ini direka bentuk untuk penggunaan
dalam bangunan sahaja.
Gunakan penyesuai kuasa yang dibekalkan
untuk produk.
Notis
Jaminan
Tiada komponen yang boleh disenggara oleh
pengguna. Jangan buka atau keluarkan penutup
di bahagian dalam produk. Pembaikan hanya
boleh dilakukan oleh Pusat Perkhidmatan
Philips dan kedai pembaikan rasmi. Kegagalan
untuk melakukan demikian akan membatalkan
sebarang jaminana, sama ada yang nyata atau
tersirat.
Apa-apa pengendalian yang dilarang secara
nyata dalam manual ini, apa-apa penyelarasan,
atau prosedur pemasangan yang tidak disyorkan
atau dibenarkan dalam manual ini hendaklah
membatalkan jaminan ini.
Pembuatan salinan tidak sah terhadap bahan
yang dilindungi salin, termasuk atur cara
komputer, fail, rakaman siaran dan bunyi,
mungkin melanggar hak cipta dan membentuk
kesalahan jenayah. Peralatan ini tidak sepatutnya
digunakan untuk tujuan yang sedemikian.
Pengisytiharan Keakuran
Philips Consumer Lifestyle mengisytiharkan di
bawah tanggungjawab kami bahawa produk ini
akur dengan piawaian berikut
EN60950-1:2006 (Keperluan keselamatan bagi
Peralatan Teknologi Maklumat)
EN55022:2006 (Keperluan Gangguan Radio
bagi Peralatan Teknologi Maklumat)
EN55024:1998 (Keperluan imuniti bagi
Peralatan Teknologi Maklumat)
EN61000-3-2:2006 (Had untuk Pancaran Arus
Harmonik)
EN61000-3-3:1995 (Had untuk Turun Naik dan
Kerlipan Voltan)
berikutan peruntukan arahan yang berkenaan
73/23/EEC (Arahan Voltan Rendah)
2004/108/EC (Arahan EMC)