Instruction Manual

22
Resipi untuk Giling Universal
(Bergantung kepada model)
Kuantiti Masa pengendalian
Cili merah kering 30g 33s
Lada hitam 30g 1min30s
Udang kering 25g 30s
Nasi panggang 40g 16s
Bijian hitam 30g 21s
Kacang 50g 4s
Bawang 100g 13s
Daging (potong sehingga ketulan kecil) 140g 20s
Keju Parmesan (potong sehingga ketulan kecil) 100g 13s
MEMBERSIHKAN PERALATAN ANDA
Tanggalkan plag peralatan dan keluarkan aksesori.
Keluarkan jag dan penudungnya dan bilas di
bawah air.
Untuk pembersihan mudah, pastikan bahagian yang
boleh ditanggalkan dicuci dengan sabun pencuci
mangkuk dalam air dan sedikit cecair mencuci.
Jag pengadun (A, B, C) dan giling universal (F)
boleh dibersihkan dalam mesin basuh pinggan
mangkuk atas program “ECO” atau “LIGHTLY
SOILED”.
Untuk bersihkan unit motor (D) dengan gunakan
kain lembap. Keringkan dengan berhati-hati.
Jangan letakkan unit motor (D) di dalam air.
Kosongkan jag pengadun (C) atau mangkuk giling
universal (f3) sebelum membersih.
AWAS: Kendalikannya
dengan berhati-hati.
Mata pisau jag
pengadun dan aksesori
adalah tajam.
Sistem pembersihan untuk jag dan mata pisau
Isikan jag dengan 500 ml air panas (kira-kira 50°C) bersama-sama dengan 2 atau
3 titis cecair pencuci dan putarkan suis ke kiri pada kedudukan “easy cleaning”
beberapa kali untuk membersihkan mata pisau dan jag. Gunakan jumlah air dan
cecair pencuci yang disyorkan sahaja. Cecair pencuci yang berlebihan menyebabkan
terhasil lebih banyak busa dan akibatnya boleh menyebabkan limpahan. Selepas ini,
jika pembersihan tidak selesai, anda boleh membersihkan jag dengan span dan cecair
pencuci. Lebih berhati-hati di sekitar mata pisau kerana ia sangat tajam. Kemudian
bilas jag sebersihnya dan beberapa kali dengan air suam.