5ms10030.
5ms10030.fm5 Page 48 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH INI 1.Buka bungkusannya dan periksa • Setelah mengeluarkan mesin daripada bungkusan, pastikan mesin tidak rosak. Jika kurang pasti, jangan gunakan.Hubungi Bahagian Servis Lepas-Jualan atau pihak penjual. • Simpan bahan bungkusan (kantung plastik, ketulan polistirena, dsb) jauh daripada jangkauan kanak-kanak, kerana boleh menimbulkan bahaya. 2.
5ms10030.fm5 Page 49 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM KITARAN BASUH YANG PERTAMA Kami sarankan supaya anda menjalankan kitaran basuh yang pertama tanpa memasukkan apa-apa pakaian. Cara ini akan menghapuskan apa-apa sisa air yang digunakan untuk menguji mesin basuh anda. 1. Buka pili air. 2. Tutup pintu mesin. 3. Tuangkan sedikit detergen (kira-kira 30 ml) ke dalam laci detergen 4. Pilih satu program yang pendek (lihat carta program). 5. Tekan butang “On/Off”. . LANGKAH WASPADA DAN SARANAN UMUM 1.
5ms10030.fm5 Page 50 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM PERIHALAN MESIN BASUH 1. Permukaan kerja 2. Panel kawalan 3. Laci detergen 4. Pelekat Servis Lepas-Jualan (di bahagian belakang pintu) 5. Pintu 6. Pemegang pintu • Untuk membuka pintu, tekan butang di bahagian dalam pemegang, kemudian tarik • Untuk menutup pintu, tekan dengan tegas (pengunci akan berbunyi klik) 7. Turas (di belakang tudung) 8. Kaki boleh laras MENYIAPKAN CUCIAN Mengisih cucian 1.
ms10030.fm5 Page 51 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM DETERGEN DAN ZAT TAMBAH Pilihan detergen dan zat tambah yang betul Sukatan detergen Jenis detergen bergantung pada: • jenis kain (kapas, bahan mudah dijaga/sintetik, bahan halus, wul). Nota: jika membasuh kain wul, gunakan detergen yang khas untuknya sahaja. • warna; • suhu basuh; • takat kotoran dan jenisnya. Nota: Bekas-bekas putih pada kain hitam adalah disebabkan komponen tidak terlarut yang terkandung dalam detergen moden yang bebas fosfat.
5ms10030.fm5 Page 52 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM Mengisi detergen dan zat tambah 1. Tarik laci detergen hingga keluar sepenuhnya. Laci ini ada tiga atau empat petak, bergantung pada model mesin basuh. 2. Isikan detergen: • Program yang mengandungi prabasuh dan basuh A utama • Program basuh utama tanpa prabasuh Apabila menggunakan detergen cecair, keluarkan sisipan berwarna (jika dibekalkan, “C”) dan pasangkan dalam petak.
5ms10030.fm5 Page 53 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM 2.Kaedah pra-pemutih: Cucian yang bertanda kotoran yang teruk boleh diberikan PRA-PEMUTIH dalam mesin sebelum program basuh yang biasa. Cairkan bahan pemutih dengan kira-kira 1l air, dalam sebuah bekas kecil di luar mesin. Bagi mesin yang dilengkapi pemilih suhu: • Putar pemilih program ke program 4. • Putar pemilih suhu ke kedudukan Min. Amaran: Pemutihan kain hanya boleh dilakukan dalam pembasuhan sejuk, jika tidak pakaian anda dan mesin akan rosak.
5ms10030.fm5 Page 54 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM PROGRAM BASUH Memilih program: 1. Pasang plag mesin. 2. Buka pili air. 3. Tetapkan tombol Pemilih Program ke kedudukan program yang diingini. 4. Bergantung pada modelnya, tetapkan tombol Pemilih Suhu ke kedudukan suhu yang diingini. 5. Bergantung pada modelnya, tetapkan tombol Pemilih Kelajuan Putaran ke kedudukan kelajuan yang diingini. 6. Pilih pilihan tambahan, jika diingini, dengan menekan butang yang berkenaan.
5ms10030.fm5 Page 55 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM MENANGGALKAN TURAS 1. Matikan mesin dan salirkan air (lihat perenggan seterusnya “Menyalirkan sisa air”). 2. Buka tudung turas dengan menggunakan wang logam. 3. Letakkan dulang atau bekas di bawah tudung itu. 4. Dengan perlahan-lahan, putar turas itu mengikut arah lawan jam, tetapi jangan tanggalkan seluruhnya (lebih mudah jika menggunakan playar). 5. Tunggu hingga air habis disalirkan. 6. Sekarang barulah tanggalkan turas sepenuhnya. 7.
5ms10030.fm5 Page 56 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM MENJAGA DAN MENYENGGARA MESIN Permukaan luar dan panel kawalan Kedap pintu • Bersihkan dengan bahan pembersih biasa untuk kegunaan di rumah (jangan gunakan produk yang tajam dan jangan gunakan pelarut). • Bersihkan dengan kain lembut. • Bersihkan dengan kain lembap jika perlu. • Sekali-sekali periksa lipatan kedap, kalau-kalau ada benda asing. Turas • Periksa dan bersihkan turas dua tiga kali setahun (lihat “Menanggalkan turas”). Laci detergen 1.
5ms10030.fm5 Page 57 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM Turas jejaring hos air Periksa dan bersihkan dari masa ke masa. Mesin yang dilengkapi hos bekalan air lurus “A” 1. Tutup pili air. 2. Tanggalkan hos daripada pili air. 3. Bersihkan turas dalaman. 4. Pasang dan skrukan semula hos pada pili air. 5. Tanggalkan hos daripada mesin. 6. Keluarkan turas daripada mesin basuh dengan menggunakan playar, kemudian bersihkan. 7. Pasang semula turas dan skrukan semula sambungan hos pada mesin. 8.
5ms10030.fm5 Page 58 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM PANDUAN MENGHURAI MASALAH Mesin tidak dapat dimulakan, lampu tidak menyala. Periksa adakah: • plag mesin telah dipasang; • soket elektrik di dinding berfungsi dengan betul (cuba alat elektrik lain, misalnya lampu meja). • butang ON/OFF telah ditekan. • pili air telah dibuka. Jika tidak, buka pili air, kemudian matikan mesin dan hidupkan semula.
5ms10030.fm5 Page 59 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM SERVIS LEPAS JUALAN Sebelum menghubungi Bahagian Servis Lepas Jualan: 1. Cuba huraikan sendiri masalahnya (lihat “Panduan menghurai masalah”). 2. Mulakan semula program dan perhatikan sama ada masalah itu terhurai sendiri. 3. Jika mesin masih juga tidak berjalan dengan betul, telefon Bahagian Servis Lepas Jualan. Nyatakan: • Apa masalahnya. • Model mesin. • Kod servis (nombor yang dinyatakan selepas perkataan SERVICE).
5ms10030.fm5 Page 60 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM PEMASANGAN Tanggalkan semua bolt pengangkutan Mesin ini dipasang dua bolt pengangkutan dan satu palang pengangkutan bagi mencegah kerosakan dalaman semasa diangkut. Sebelum menggunakan mesin, bolt pengangkutan dan palang pengangkutan itu MESTI ditanggalkan. Mesin ini dipasang dua bolt pengangkutan dan satu palang pengangkutan. 1. Tanggalkan skru hitam (A) dengan menggunakan pemutar skru. 2.
5ms10030.fm5 Page 61 Thursday, July 18, 2002 10:34 AM Pasang hos air masuk Bagi model yang dilengkapi hos lurus “A” 1. Pasang saring kotoran (sudah sedia dipasang di hujung hos ataupun dibekalkan bersama aksesori) pada gandingan pili air berulir. 2. Dengan cermat, skrukan sambungan hos pada pili air, sebaikbaiknya dengan tangan. 3. Pastikan hos tidak terpiuh. 4. Periksa dan pastikan sambungan pada pili air dan mesin semuanya kalis air, dengan membuka pili air sepenuhnya.